Kitco

Thursday, December 16, 2010

SIMPAN 1 DINAR 1 BULAN


Pasti para pembaca sedia maklum mengenai dinar. Bagi yang belum tahu atau belum pasti, Dinar ialah emas berbentuk seperti duit syiling dengan ketulenan 91.6 % emas atau 22k dan mempunyai berat 4.25 gram.

Walaupun harga emas tidak tetap iaitu turun dan naik tetapi itu bukanlah penghalang kepada para pelabur untuk tidak menyimpan atau menabung dalam bentuk emas. Ini kerana emas adalah pelaburan alternatif dan ianya merupakan pelaburan yang paling selamat dan sejarah membuktikan bahawa harga emas kalis inflasi semenjak 1400 tahun dahulu lagi.

Sekiranya para pembaca yang mampu untuk menabung RM500 hingga RM700 secara tetap setiap bulan, bertukarlah kepada pelaburan dalam bentuk DINAR EMAS. Cuba bayangkan menyimpan secara tetap dalam bentuk dinar emas ini setiap bulan, para pelabur akan dapat mengumpul 12 dinar setiap tahun dan puratakan harga untuk 1 dinar (kerana harga 1 dinar berubah setiap masa). Pada tahun 2020, insyaAllah harga untuk sekeping 1 dinar ialah RM1758. Jika bermula pada masa sekarang (19/8/2010) iaitu RM586. Cuba bayangkan harga 1 dinar dalam 10 tahun kemudian…

Sila lihat contoh harga 1 dinar pada tahun ini dan pada tahun-tahun yang seterusnya hingga ke tahun 2020:

Andaian kenaikan harga emas sebanyak 20%
setahun bagi 1 dinar

Bagi yang tidak mampu mengumpul 1 dinar 1 bulan..Tak mengapa..Ikut kemampuan anda & cubalah mengumpul dinar emas sekurang-kurangnya 2 dinar setahun. Harus diingat bahawa emas adalah kalis inflasi dan peranannya yang sebenar selain sebagai pelaburan ialah perlindungan kepada kekayaan kita kerana emas merupakan pemegang nilai yang unggul.

Sumber :

http://www.emaszaman.com

Tuesday, December 7, 2010

Wang Kertas Ringgit Malaysia. Sistem Kewangan Ini Bakal Jatuh


Fakta benar hasil daripada satu analisis sahih telah merekodkan bahawa sangat menguntungkan anda sekiranya anda mula membeli dan menyimpan emas pada hari ini. Ini kerana kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun di masa hadapan. Kekuatan dan kuasa emas ini memang sukar ditandingi matawang lain seluruh dunia. Inilah juga antara penyebabnya laman ini dibangunkan untuk semua.


Azizi Ali pernah berkongsikan pandangan, pendapat dan juga ilmu yang sangat hebat! Dan apamenarik perhatian saya adalah berkaitan'isu dekad alaf baru'.Beliau serius katakan kepada kami bahawa jangan pandang ringan apa yang beliau kongsikan ini. Ianya berkaitan satu isu penting bahawa sistem kewangan yang sedang kita gunakan ini. Ianya adalah isu wang kertas atau
'fiat money'. Sistem kewangan ini bakal jatuh. Cuma masa sahaja yang menentukannya.


Jadi apa persediaan kita?


Mungkin ada ramai yang anggap ianya adalah omongan kosong, tapi percayalah bahawa padasaat ini 'financial intelligent' menyatakan perkara ini dari masa ke semasa. Sampai satu ketikanya mungkin wang kertas yang kita gunakan sekarang tidak laku lagi dan sama seperti wang kertas pokok pisang pada zaman Jepun dahulu.


Tips: Sejarah membuktikan bahawa ia akan berulang!


Jadi antara tips persediaan oleh Azizi Ali ialah:


1) Kurangkan hutang sebanyak mungkin
2) Buat persediaan simpanan satu tahun pendapatan
3) Mula membeli emas dan simpan


Dan beberapa perkara yang lain. Jadi apabila berlakunya saat yang dinyatakan maka pastinya kita akan lebih beruntung dari orang lain tanpa persediaan.... :)


Moga sedikit sebanyak tips ini membantu anda membuat
persediaan.Hubungi Penjejak Emas untuk memiliki jongkong@dinar emas anda secepat yang mungkin!! 019-9294909 atau pm kat FB!!

Seminar Emas Disember 2010

Kepada sahabat-sahabat Penjejak Emas yang berminat, anda boleh hadir ke seminar yang berhampiran dengan anda. Tempat dan masa ada dinyatakan di dalam jadual berikut :

PUBLIC GOLD DEALERS TRAINING & SEMINAR

No Date Time Speaker Event Venue
1. 4.12.2010
(Saturday)
10.00am-5.00pm 5 Professional Speakers Seminar Dewan Melawati
Kompleks Tabung Haji,
Kelana Jaya, Selangor.
2. 8.12.2010
(Wednesday)
8.30pm-10.30pm Mr. Louis Ng Seminar Public Gold Bishop Street Branch
No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang, Malaysia.
3. 10.12.2010
(Friday)
10.00am – 1.00pm Ms. Rachel Tan New Dealer Orientation Public Gold Kelantan Branch
Tkt 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
4. 10.12.2010
(Friday)
8.30pm-10.30pm Mr. Chris Ong New Dealer Orientation Public Gold Johor Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.
5. 11.12.2010
(Saturday)
10.00am – 1.00pm Ms. Carmen Kong New Dealer Orientation Public Gold Ipoh Branch
No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak.
6. 11.12.2010
(Saturday)
10.00am – 1.00pm Mr. Kenneth Cheang New Dealer Orientation Public Gold Sunway Branch
42A, Jln PJS 8/6 (3rd Floor),
Mentari Business Park, Bdr. Sunway,
46150 PJ, Selangor.
7. 11.12.2010
(Saturday)
10.00am – 12.00pm Mr. Harrison Chiang Monthly Market Update Public Gold Kelantan Branch
Tkt 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
8. 14.12.2010
(Tuesday)
8.30pm – 10.30pm Ms. JooNee Bee New Dealer Orientation Public Gold Sg. Petani Branch
No.86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan, Tmn. Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
9. 15.12.2010
(Wednesday)
8.30pm – 10.30pm Mr. Evan Phuah New Dealer Orientation Public Gold Bishop Street Branch
No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang, Malaysia.
10. 15.12.2010
(Wednesday)
8.30pm – 10.30pm Ms. Denise Tang Silver Seminar
(Chinese)
Public Gold Ipoh Branch
No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak.
11. 16.12.2010
(Thursday)
8.30pm – 10.30pm En. Syukor Hashim Seminar Public Gold Kelantan Branch
Tkt 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
12. 17.12.2010
(Friday)
8.30pm – 10.30pm En. Syukor Hashim Seminar Terengganu: Mingstar Hotel
217 Wisma Cermerlang, Jalan Sultan Zainal Abidin 20000 Kuala Terengganu.
13. 17.12.2010
(Friday)
8.30pm – 10.30pm Mr. Kenneth Cheang Monthly Market Update Public Gold Johor Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.
14. 18.12.2010
(Saturday)
10.00pm – 12.00pm Ms. Janelle Ang Silver Seminar
(Mandarin)
Public Gold Sg. Petani Branch
No.86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan, Tmn. Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
15. 18.12.2010
(Saturday)
10.00pm – 12.00pm Mr. Kenneth Cheang Silver Seminar Public Gold Johor Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.
16. 18.12.2010
(Saturday)
10.00am – 12.00pm Mr. James Lim Silver Seminar Public Gold Sunway Branch
42A, Jln PJS 8/6 (3rd Floor),
Mentari Business Park, Bdr. Sunway,
46150 PJ, Selangor.
17. 19.12.2010
(Sunday)
10.00am – 12.00pm Mr. James Lim Monthly Market Update Public Gold Sunway Branch
42A, Jln PJS 8/6 (3rd Floor),
Mentari Business Park, Bdr. Sunway,
46150 PJ, Selangor.
18. 21.12.2010
(Tuesday)
8.30pm – 10.30pm En. Syukor Hashim Seminar Public Gold Sg. Petani Branch
No.86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan, Tmn. Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
19. 22.12.2010
(Wednesday)
8.30pm – 10.30pm En. Syukor Hashim Seminar Public Gold Bishop Street Branch
No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang, Malaysia.
20. 23.12.2010
(Thursday)
8.30pm – 10.30pm En. Syukor Hashim Seminar Public Gold Ipoh Branch
No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak.
21. 29.12.2010
(Wednesday)
8.30pm – 10.30pm En. Syukor Hashim Seminar Public Gold Johor Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.
22. 29.12.2010
(Wednesday)
8.30pm – 10.30pm Mr. Evan Phuah Monthly Market Update Public Gold Bishop Street Branch
No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang, Malaysia.

Tuesday, November 30, 2010

Spekulasi Pasaran | Emas Dijangka Melonjak Disebabkan Krisis Kewangan Di Eropah |


Sungwoo Park di Seoul hari ini melaporkan kepada Bloomberg bahawa harga emas dijangka meningkat disebabkan spekulasi bahawa berita mengenai krisis kewangan bank-bank di Eropah bakal tersebar luas sehingga ke Ireland.

Ada spekulasi mengatakan yang Spain dan Portugal kini sedang dihantui kebimbangan mengenai perkara ini, dan mereka sedang berusaha untuk melindungi / melaburkan aset mereka untuk sesuatu yang lebih terjamin dan selamat dan tiada pilihan lain selain daripada membeli emas, demikian menurut Mark Pervan, Ketua Penyelidikan Komoditi di Australia & New Zealand Banking Group Ltd.

Para pelabur masih bimbang mengenai apa yang bakal berlaku kelak, apa akan berlaku kepada negara lain dan apa yang bakal terjadi kepada matawang Euro.