Kitco

Monday, November 15, 2010

Simpan 1 Dinar (Perkongsian Pintar- kutu emas)


Salam sejahtera kepada semua sahabat Penjejak Emas...

Seperti yang sahabat-sahabat Penjejak Emas sedia maklum bahawa harga emas setiap tahun sentiasa meningkat (purata 20%-30%). Ini menyebabkan ramai orang mengeluh kerana untuk memiliki emas , mereka terpaksa mengeluarkan wang yang banyak walhal harga 1 dinar sekalipun..

Hhhmm...Sekarang harga sekeping 1 Dinar berharga RM636.00 (harga ni sentiasa berubah-rubah mengikut harga emas semasa dunia). Dengan harga sebanyak itu mungkin ramai yang risau (tak risau bagi mereka yang banyak duit!!) untuk memilikinya. Tapi jangan risau atau gundah-gulana kerana sebenarnya kita mampu untuk memilikinya dengan melakukan satu perkongsian pintar. Yang saya maksudkan adalah dengan mengunakan konsep kutu.(Bukan kutu yang kat atas kepala tu...hehe ). Langkah pertama ada cuma perlu mencari rakan-rakan yang anda kenal dan percaya (kawan sepejabat@sahabat sejati@saudara mara) untuk menjalankan perkongsian pintar ini.

Sekiranya anda hanya menyimpan RM 100+- sebulan, maka anda perlu masa 6 bulan untuk membeli 1 dinar emas. Tapi mungkin selepas 6 bulan, anda terpaksa membayar lebih kerana kenaikan harga emas tersebut. Tetapi melalui konsep kutu emas ini, rakan-rakan perkongsian akan sama2 menyumbang dan berkongsi untuk membayar kenaikan harga emas tersebut. Kaedah kutu emas ini sesuai menggunakan 1 Dinar kerana ni je yang kita mampu....

Kaedah :

No Bulan Harga Pasaran Emas (RM) (Anggaran)
Bayaran Seorang (RM)(Anggaran)
1 Januari 630 105
2 Februari 635 105.83
3 Mac 640 106.67
4 April 645 107.5
5 Mei 650 108.33
6 Jun 655 109.17

Purata 642.5 107.08

Jadi, setiap orang akan mendapat 1 keping dinar emas berharga RM642.50 sekiranya menyimpan RM107.08 setiap bulan secara purata setiap bulan selama 6 bulan. Sekarang terpulang kepada sahabat-sahabat Penjejak Emas untuk meneruskan konsep ini sehingga akhir tahun. Sampai setahun confirm setiap orang dapat simpan 2 keping 1 Dinar berketulenan 916 seberat 4.25 gram..Berbaloi- baloi....:) Sekian n jumpa lagi.

"Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit....lama-lama lagi mungkin jadi gunung kot .hehehe...".

No comments:

Post a Comment