Kitco

Showing posts with label Spekulasi Pasaran | Emas Dijangka Melonjak Disebabkan Krisis Kewangan Di Eropah |. Show all posts
Showing posts with label Spekulasi Pasaran | Emas Dijangka Melonjak Disebabkan Krisis Kewangan Di Eropah |. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Spekulasi Pasaran | Emas Dijangka Melonjak Disebabkan Krisis Kewangan Di Eropah |


Sungwoo Park di Seoul hari ini melaporkan kepada Bloomberg bahawa harga emas dijangka meningkat disebabkan spekulasi bahawa berita mengenai krisis kewangan bank-bank di Eropah bakal tersebar luas sehingga ke Ireland.

Ada spekulasi mengatakan yang Spain dan Portugal kini sedang dihantui kebimbangan mengenai perkara ini, dan mereka sedang berusaha untuk melindungi / melaburkan aset mereka untuk sesuatu yang lebih terjamin dan selamat dan tiada pilihan lain selain daripada membeli emas, demikian menurut Mark Pervan, Ketua Penyelidikan Komoditi di Australia & New Zealand Banking Group Ltd.

Para pelabur masih bimbang mengenai apa yang bakal berlaku kelak, apa akan berlaku kepada negara lain dan apa yang bakal terjadi kepada matawang Euro.