Tips Memaksimakan Pelaburan Emas Anda.
- Pilihlah emas produk emas ketulenan 999.9 , 999 atau 916 yang sudah terkenal mempunyai sijil ketulenan dan resit rasmi syarikat yang menjual supaya mendapat harga kenaikan maksima.
- Memilih harga yang paling rendah kerana terdapat harga emas di Malaysia yang bermacam-macam seperti harga emas untuk pembekal, pengedar, kilang, peruncit, dealer, harga emas terpakai dan lain-lain nama harga lagi.
- Buat pajakan sedia ada dan lipat gandakan gram emas melalui pembelian stok emas yang baru atau memindahkan tunai dalam akaun GIA, Passbook Gold atau ASB.
- Bergerak aktif mencari customer menggunakan sample emas untuk memudahkan cust membeli emas milik kita dengan harga pasaran semasa atau secara harga terdiskaun.
- Lipatkan gandakan kuantiti gram emas melalui rempit emas secara cash n carry iaitu pagi beli emas baru, petangnya buat pajakan begitulah setiap hari dilakukannya.
- Gunakan nama otai emas yang sudah etablish namanya untuk menolong menjualkan emas anda mengikut harga semasa. Jika Public Gold otai dapat komisen 2.0% atas jualan emas kepada customer, buatlah countim otai dan anda berbahagi sama rata masing-masing mendapat komisen 1%.
- Buat networking bersama MD, dealer lain kerana ini akan memudahkan kita untuk mendapat cust dan ready stok untuk cust yang mahu mendapatkan produk segera.
- Mendahulukan barang supaya customer akan terikat membayar stok emas kita satu lagi cara untuk melariskan stok kita. Kena percaya antara satu sama lain bahawa bayaran akan diterima dalam tempoh 24 jam. Rasanya mat-mat bangla yang berniaga tilam toto, tikar dari rumah ke rumah berjaya hidup di Malaysia dengan teknik ini.
- Sentiasa mempamerkan emas milik anda dengan rakan-rakan anda. Jika hari-hari mereka melihat emas anda insyallah mereka akan terpikat dengan sendirinya. Lagi best pinjamkan mereka emas untuk dipegang dalam tempoh 24 jam.
No comments:
Post a Comment