Kitco

Tuesday, November 30, 2010

Spekulasi Pasaran | Emas Dijangka Melonjak Disebabkan Krisis Kewangan Di Eropah |


Sungwoo Park di Seoul hari ini melaporkan kepada Bloomberg bahawa harga emas dijangka meningkat disebabkan spekulasi bahawa berita mengenai krisis kewangan bank-bank di Eropah bakal tersebar luas sehingga ke Ireland.

Ada spekulasi mengatakan yang Spain dan Portugal kini sedang dihantui kebimbangan mengenai perkara ini, dan mereka sedang berusaha untuk melindungi / melaburkan aset mereka untuk sesuatu yang lebih terjamin dan selamat dan tiada pilihan lain selain daripada membeli emas, demikian menurut Mark Pervan, Ketua Penyelidikan Komoditi di Australia & New Zealand Banking Group Ltd.

Para pelabur masih bimbang mengenai apa yang bakal berlaku kelak, apa akan berlaku kepada negara lain dan apa yang bakal terjadi kepada matawang Euro. 

Saturday, November 27, 2010

Public Gold | Langkah Alternatif Dalam Pelaburan |


Berfikiran mengenai pelaburan ? Pasaran Saham ? Pembelian Rumah atau Harta ? Emas ? YA pembelian emas menawarkan hargayang selamat dan mudah untuk diurusniagakan.


Emas mempunyai harga yang tersendiri kerana ianya berfungsi sebagai wang dimana ianya dapat dipindahkan dan dibahagikan, Dengan kawalan harga pasaran dengan mempunyai keberatan yang tersendiri setiap unit gram emas yang dibeli. Ianya juga tidak mudah dirosakkan dan berhubung dengan skala dan tidak boleh diperbuat. Ianya juga mudah diperkenalkan dan diterima untuk pembayaran.


Sejarahnya, harga pasaran pastinya ada naik dan turun mengikut harga pasaran semasa. Pasaran emas dilihat sebagai satu asset tambahan tanpa mengharapkan pembayaran bulanan yang diterima sebagai pekerja di sektor kerajaan dan syarikat swasta malah ia tidak mengalami sebarang kesan terhadap polisi sedia ada pada negara dan memberikan reputasi yang tidak baik terhadap pembekuan asset dan sebagainya.

Emas adalah asset yang boleh dicairkan dimana ianya boleh dibeli atau dijual dalam tempah masa 24 jam sehari di mana-mana sahaja anda berada. Konsep ini juga boleh dilihat sebagai satu bentuk pelaburan termasuk pasaran saham dimana setiap urusniaga akan dipantau setiap masa.

Akhirnya, ianya adalah sama jika dilihat teknik dan cara urusniaga emas sama ada melalui pasaran atau bon namun begitu pelaburan yang diperkenalkan amat baik dan boleh diurusniaga dengan baik dan berkesan,

Ramai pelabur yang berpengalaman mengalakkan melakukan pelaburan sebagai satu langkah penambahan asset dalam sektor emas termasuk menyediakan profolio dalam sistem kewangan sama seperti pelaburan saham dan pembelian bon. Pelaburan emas adalah terjamin.




Monday, November 15, 2010

Simpan 1 Dinar (Perkongsian Pintar- kutu emas)


Salam sejahtera kepada semua sahabat Penjejak Emas...

Seperti yang sahabat-sahabat Penjejak Emas sedia maklum bahawa harga emas setiap tahun sentiasa meningkat (purata 20%-30%). Ini menyebabkan ramai orang mengeluh kerana untuk memiliki emas , mereka terpaksa mengeluarkan wang yang banyak walhal harga 1 dinar sekalipun..

Hhhmm...Sekarang harga sekeping 1 Dinar berharga RM636.00 (harga ni sentiasa berubah-rubah mengikut harga emas semasa dunia). Dengan harga sebanyak itu mungkin ramai yang risau (tak risau bagi mereka yang banyak duit!!) untuk memilikinya. Tapi jangan risau atau gundah-gulana kerana sebenarnya kita mampu untuk memilikinya dengan melakukan satu perkongsian pintar. Yang saya maksudkan adalah dengan mengunakan konsep kutu.(Bukan kutu yang kat atas kepala tu...hehe ). Langkah pertama ada cuma perlu mencari rakan-rakan yang anda kenal dan percaya (kawan sepejabat@sahabat sejati@saudara mara) untuk menjalankan perkongsian pintar ini.

Sekiranya anda hanya menyimpan RM 100+- sebulan, maka anda perlu masa 6 bulan untuk membeli 1 dinar emas. Tapi mungkin selepas 6 bulan, anda terpaksa membayar lebih kerana kenaikan harga emas tersebut. Tetapi melalui konsep kutu emas ini, rakan-rakan perkongsian akan sama2 menyumbang dan berkongsi untuk membayar kenaikan harga emas tersebut. Kaedah kutu emas ini sesuai menggunakan 1 Dinar kerana ni je yang kita mampu....

Kaedah :

No Bulan Harga Pasaran Emas (RM) (Anggaran)
Bayaran Seorang (RM)(Anggaran)
1 Januari 630 105
2 Februari 635 105.83
3 Mac 640 106.67
4 April 645 107.5
5 Mei 650 108.33
6 Jun 655 109.17

Purata 642.5 107.08

Jadi, setiap orang akan mendapat 1 keping dinar emas berharga RM642.50 sekiranya menyimpan RM107.08 setiap bulan secara purata setiap bulan selama 6 bulan. Sekarang terpulang kepada sahabat-sahabat Penjejak Emas untuk meneruskan konsep ini sehingga akhir tahun. Sampai setahun confirm setiap orang dapat simpan 2 keping 1 Dinar berketulenan 916 seberat 4.25 gram..Berbaloi- baloi....:) Sekian n jumpa lagi.

"Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit....lama-lama lagi mungkin jadi gunung kot .hehehe...".

Wednesday, November 10, 2010

Melabur Sambil Berniaga ( 2 dalam 1) = TOKEY EMAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sudahkah sahabat-sahabat Penjejak Emas telah mula membeli emas?? Kalau belum bertindaklah sekarang…harga emas semakin hari semakin meningkat. Harga Emas tidak akan menunggu kita. J

Setelah saya menghadiri satu seminar mengenai pelaburan emas pada Oktober 2010 (disampaikan oleh sifu En. Syukor @ www.jutawanemas.com) telah membuka minda saya untuk melabur dan berniaga emas. Salah satu cara ialah dengan menjadi Dealer Public Gold.(terima kasih dorongan dan bantuan En. Azhar @ www.jaringemas.com). Dengan pembelian minima 20k emas keluaran Public Gold samaada dinar@jongkong@jewellary anda layak menjadi dealer Public Gold. Antara keistimewaan dan keuntungan sekiranya anda menjadi dealer Public Gold.

Pertama : Sekiranya anda menjual atau ingin menambah stok anda akan diberi komisen 1.5%. Sebagai contoh, anda telah menjual 5 keping jongkong emas 20 gram Public Gold. Berdasarkan harga semasa di laman sesawang Public Gold (RM15910 + RM50 kos pengangkutan x 1.5%) maka komisen anda dapat adalah RM238..Banyak tu..kalo jual dalam 10 keping sebulan???kalo 1 Kilo???...kire la sendiri..huhu.

Kedua : Katakanlah ade seorang pelanggan nak jual balik 5 keping 20 gram kita akan deal harga “WE BUY”. Kita akan untung 5% - 6% dalam urusniaga ni…Dan sekiranya dalam masa yang sama ade pelanggan lain yang ingin membeli maka anda bole menjual dengan harga “WE SELL” mengikut harga semasa. Untung 5%-6% atas angin. Seronok sangat berniaga emas ni. :)

Ketiga : Sekiranya anda mempunyai modal yang banyak, anda kena selalu membuat pantauan harga semasa di laman sesawang Public Gold @ di blog Penjejak Emas kerana anda perlu menambah stok sekiranya trend harga emas menurun. Bersiap sedia untuk menjana lagi keuntungan anda. Apabila harga emas meningkat naik terpulang kepada anda samaada nak jual @ simpan….dua2 untung. Berrbaloi-baloi…

Inilah yang dikatakan TOKEY EMAS. Melabur sambil berniaga. Bagi mereka yang berminat nak menjana keuntungan dengan menjadi tokey emas sila klik kat SINI. Atau anda bole email di azizoe_82@yahoo.com. Selamat menjadi TOKEY EMAS dengan jayanya…….Wassalam.

Saturday, November 6, 2010

Harga Emas Semakin Lama Semakin Meningkat. Beli Emas Sekarang.

Salam sejahtera....

Di sini Penjejak Emas akan memaparkan prestasi kenaikan harga emas dunia sekitar Nov 2009 sehingga Nov 2010. Jika kita lihat pergerakan harga emas daripada bulan Nov 2009, maka kita dapati harga emas telah meningkat sebanyak 21.4%.

Harga emas 5 November 2009 = USD 1088.00 / Oz
Harga Emas 5 November 2010 = USD 1384.25 / Oz

Sumber : http://www.kitco.com


Bagi sesiapa yang membeli emas dari awal tahun, anda pasti tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas yang tinggi nie :)

Bagi mereka yang masih ternanti-nanti, tak beli lagi dan masih tertunggu-tunggu harga emas murah, meh sini saya nak bagitau.

Persepsi harga emas masih mahal @ terlalu mahal.

Sejak awal saya menulis blog mengenai pelaburan emas, rata-rata persepsi orang ialah harga emas mahal. Apa saja harga emas, mesti orang cakap harga emas mahal.

Jarang saya jumpa orang cakap harga emas nie murah:

Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal :P

Kesimpulannya, apa pun harga emas, orang akan cakap harga emas mahal.

So, tak perlu dengar cakap orang lah nampaknya… kalau didengar alamat tak beli emas lah jawabnya.

Bila masa nak beli emas?

Sebenarnya, waktu yang terbaik untuk membeli emas ialah waktu anda ada duit yang mencukupi.

Kalau duit dah cukup.. beli ajer dan simpan. Gerenti untung sebab harga emas masih berpotensi untuk bergerak naik mencecah 2500 USD/Oz.

hehehe.. banyak tu.. peluang menjana keuntungan masih terbuka luas.

Kesimpulannya:

1. Belilah emas sekarang. Potensi kenaikan harga emas adalah tinggi pada masa ini.

2. Jangan tunggu harga murah. Ada duit ajer terus beli emas.

3. Untuk kali kedua.. ada duit beli ajer emas

4. Untuk kali ketiga.. ada duit beli ajer emas

5. Kalau berminat membeli emas pelaburan Public Gold.

Selamat membuat pelaburan EMAS....

petikan daripada blog sifu saya (En. Syukor)... http://jutawanemas.com



Wednesday, November 3, 2010

Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold


Saya akan cuba huraikan serba sedikit tentang kelebihan menjadi dealer Public Gold :

  • Jika anda ingin membuka kedai emas mungkin modal jutaan ringgit tapi dengan Public Gold hanya beli satu product Public Gold sahaja mengikut harga semasa.
  • Tiada yuran keahlian dan boleh dianggap sebagai menyimapan sambil berniaga.
  • Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.
  • Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold menggunakan kaedah online / sms / call/ melalui master dealer.
  • Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.
  • Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.5% untuk jualan dan 0.3% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1.5% (daripada nilai jualan). Contoh anda beli emas 100g, berharga RM15,181. So, komisyen anda adalah (RM15,181 x 1.5%).
  • Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).
  • Tetapi jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan.
  • Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Tuesday, November 2, 2010

Dinar emas mampu henti perang mata wang – Dr. Mahathir


UTUSAN MALAYSIA

Dinar emas mampu henti perang mata wang – Dr. Mahathir

01/11/2010 2:36pm

KUALA LUMPUR Nov. 1 – Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. – Bernama

BERITA HARIAN

Guna dinar emas akan henti perang mata wang: Dr Mahathir

2010/11/01

KUALA LUMPUR: Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar Amerika Syarikat mewujudkan masalah bagi negara kerana mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik iaitu nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” katanya.

Mengenai perbankan Islam, Dr Mahathir berkata institusi kewangan perlu berhati-hati semasa memperkenalkan produk baharu dan tidak mengadakan apa yang telah ditawarkan oleh bank konvensional.

Beliau berkata, institusi kewangan Islam seharusnya mematuhi prinsip perbankan Islam walaupun terdapat peluang untuk mereka mengambil alih tanggungjawab perbankan konvensional. – BERNAMA

p/s : Sekiranya sahabat-sahabat berminat untuk memiliki bakal matawang masa hadapan bolelah menghubungi Penjejak Emas di talian 019-9294909. Rebutlah peluang ini sebelum harga emas semakin naik..sekian.:)

Monday, November 1, 2010

Kelebihan Jongkong Emas Public Gold


Jongkong Emas Public Gold

  • Jongkong Emas yang paling murah di Malaysia.
  • Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.
  • Anda akan memiliki emas fizaikal.
  • Terdapat sistem penempahan secara online selama 24 jam.
  • Boleh lock price berdasarkan harga semasa di laman web.
  • Bole dijual balik emas Public Gold berdasarkan harga belian kalau emas calar, dibuka sarung, atau bengkok.
  • Stok yang sentiasa ada. Kilang di Pulau Pinang.
  • Ade Sijil Ketulenan Emas yang sah.
  • Pengeluar gold bar pertama mendapat pengiktirafan Assayer yang berkelayakan.
  • Cantik ( bole disimpan dan di jadikan hadiah).

pgbg0020.png


pgbg0050.png


pgbg0100.png


pgbg0500.png


Metal

Au Au Au Au
Weight (g) 20 50 100 500
Size (W x L, mm) 16 x 25 24 x 37 35 x 54 50 x 80
Thickness (mm)

3 3.5 3 6
Purity


999.9 999.9 999.9 999.9



























Gold Coin Public Gold


pgcg050.png




Metal


Au
Weight (g) 50
Diameter (mm) 38
Thickness (mm)

3
Purity

999.9